04 August 2009

anak

Anak

Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu

Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak

Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu

Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Setiap detik dan setiap waktu

Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak

Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari murkamu

kini kau telah jauh berubah
sikapmu kasar dan menderhaka
meracuni hati mereka

inikah balasanmu oh anak
membelakangkan sifat tuhan
untuk hormati ibu dan ayahmu

walau apapun yang engkau lakukan
kini kau telah sedar
ibu dan ayah sentiasa menerimamu seperti biasa
begitulah sucinya kasih ayah dan ibumu terhadapmu
kenanglah jasa mereka selalu berkorbankan untukmu anak


p/s: nyanyi sendiri...tiada iringan muzik untuk anda..hihi..layan je..........

luv,

mama emill irtzaz

4 comments:

Leen said...

Semoga emill cepat membesar bagai juara!!! hip hip hooorayyyy! Mlm td mummy call emill dah tido..nantok sgt lah tu..tu lah ptg2 main kt padang bola tu yg letih sgt.


xoxo
mummy

l i e y n said...

cute nya emill....
nama pun unik sangat

~Lippie~ said...

babah dia yg bagi nama..mesti dia ske org ckp nama anak dia unik ni...salam perkenalan kak lieyn.

MIK'YAL said...

alhamdullilah..hero dah sehat :-)
ces..lagu ni serta merta terngiang ngiang di cuping telinga i yg capang ni..HAHHAHAHA..

MY BUDDIES

MY STORIES