19 January 2010

the hard task finally done!!!


yayyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!saya sangat seronok sebab kerja yang saya tungkus lumus laksanakan selama sebulan siap selesai minggu lepas T_T. owh finally!!dulu masa zaman-zaman kat uitm kalau dah siap assignments, saya akan 'reward' diri dengan menikmati aiskrim tapi semenjak bersalin saya tidak lagi mendekati makanan itu,ini adalah disebabkan saya seorang yang over health conscious,penakut, pencuak, pencemas tak tentu pasal yang takutkan anak saya emill irtzaz mendapat kembung perut sekiranya saya makan makanan sejuk kerana dia masih lagi menyusu badan.huh sungguh panjang lebar penjelasan saya (-_-"). jadi saya pun memikirkan cara terhebat untuk memberikan penghargaan kepada diri saya sendiri agar saya merasa gembira setelah lengkapnya kerja yang payah itu (those in my field tau la kerja apa yang saya maksudkan ini). sambil memandu pulang dari tempat kerja saya pun menyanyi lalalalalalalalala dan terus pergi membeli pau (pau cik ramli yang sungguh sedap). kemudian saya menjemput emill di rumah penjaga beliau. beliau kelihatan sungguh gembira pada petang itu. saya juga menjemput adik sepupu yang bernama dayah dan afiq untuk menemani kami (saya dan emill) untuk melaksanakan projek me'reward' diri saya. selesai menyalin baju kerja yang formal kepada pakaian yang lebih santai saya terus memandu ke tempat tujuan tanpa ragu-ragu lagi. kami sungguh seronok sambil ketawa suka hati.  mereka pun ketawa kerana dapat bersiar-siar. emill hanya memandang tanpa banyak soal. setiba di tempat yang dituju kami pun riuh rendah mencari tempat yang redup dan sesuai untuk bersuka ria..sila kaji selidik gambar di bawah ini untuk pengesahan bukti saya telah me'reward' diri saya.






kami makan kuih pau dan jalan-jalan di taman yang indah ini...sungguh berwarna warni.emill juga berlajar bertatih.sungguh teruja dia berjalan sambil dipimpin



sungguh bahgia..^_^ (kelihatan seperti control ayu aje ek)



terima kasih dayah kerana membantu memegang emill di dalam kereta (gadis ini kelihatan gembira juga walau terpaksa melayan kerenah emill...syyyyyyhhh sudah diumpan dengan mcd)


 ambil masa emill sendiri ye belajar berjalan perlahan-lahan..emak tak paksa.


sayang,

emak kepada emill.

bahasa melayu itu indah.("_").ops baru perasan tajuk entry ini didalam bahasa inggeris pula..tidak mengapalah kan.. :)

8 comments:

mummy_adam said...

besh nyer melepak di playground.. kat mana nie.. cantiklah playground tu

LIP (^_^) said...

kat area our place je..^_^

LIP (^_^) said...

kat area our place je..^_^

el said...

fuh lega eh pala pun dah ringan...
igtkan mereward g mn
ghupenye ke playground..ok jugak tu
lepak2 smbil tgk emil tatih hehehe

LIP (^_^) said...

to el: ehehe..tengah bulan la el..kurang budget sket..

lalatulips said...

kiutnyer anak u

NURUL said...

lepas bersalin mmg kena diet . dh ada anak cara kehidupan pun lain kan? ooo perut ku masih buncit :)

LIP (^_^) said...

to nurul: it takes time to lose lemak kat perut..macam belon yang dah ditiup sure payah nak get back to its normal shape nurul

MY BUDDIES

MY STORIES