30 June 2010

18 months

on 27th june 2010 emill becomes 18 months or 1 year 6 months....horayyy!!!



dia sudah reti:

sudah ada banyak vocab such as pillow, book, shoes, buah, air, dan banyak lagi tapi yang disenaraikan ini adalah perkataan yang dia paling kerap sebut. bila nak menyusu akan sebut pillow then dia pergi cari bantal baru menyusu. bila time rajin dia cari buku sambil sebut book. sangat suka pergi ke peti ais sebab dia tahu di situ terkandungnya buah-buahan kegemarannya.emill pengemar dan pemakan buah tegar.dia juga sudah pandai cakap ''ayokkkk..uwat!!" (ayokk...siapa buat?) sambil mengoyang-ngoyangkan jari telunjuknya. ini dia dapat di rumah pengasuhnya.

sudah pandai mendiamkan diri sekiranya dimarah oleh babah. babah lebih strict dari mama. tapi tadi mama marah emill, emill diam je. walaupun babah tegas emill tetap memuja babah. sebagai bukti bila babah bawa kereta, dia akan mengadap ke arah babah dan asyik memanggil 'babah,babah,' setiap 3 saat. then bila dengar bunyi kereta babah, kemain excited. bila nampak baju babah, siap tunjuk dan cakap 'babah'. bila nampak barang-barang babah pun sibuk nak bagitau orang itu hak babah. mungkin babah idola emill.(ayat bodek mama kepada babah..hihi)

sudah pandai meniru segala aksi-aksi yang orang lain lakukan.contoh, menari terkinja-kinja. uhuhu...tak mengapalah menari mill, boleh latih koordinasi kaki dan tangan.

sudah pandai nak makan makanan yang ada rasa pedas tapi bila dah terasa mulalah julur lidah kepedasan. mama masih masakkan sup untuk emill lagi. tapi sekarang pengasuh emill yang masakkan lauk emill. mama cuma masak waktu petang dan waktu cuti sahaja.

sudah kenal anggota keluarga terdekat. sudah kenal maksudnya kalau tunjuk gambar-gambar keluarga dia boleh cam dah. boleh panngil umi (my cousin), mommy (my sis), mak (my mom), monyang (my grandma), pakyong (my bro), yong (my sis in law), apiq (my cousin), ina (my neighbour) etc...sebelum ini dia memanggil emak saya dengan panggilan mak. sepatutnya dia panggil dengan nama wan. tapi dua tiga hari ni dia sudah boleh menyebut ''wan''

sudah pandai sebut abc, 123, i never taught him these. mama terlalu sibuk nak mengajar emill aliff ba taa sahaja. alhamdulilah emill sudah boleh sebut aaaa, ba ba ba, ta ta ta. bab abc dan 123 mesti family pengasuh emill yang ajar ni. one day tu while i was reading a mag tetiba emill tunjuk kat mag tu sambil sebut abc..tu yang mama tau emill dah boleh sebut abc. tapi baru abc not a-z..tapi alhamdulilah juga bagi mama. keep it up emill!!

sudah pandai cemburu. dia akan menunjukkan muka cheeky kalau nampak bayi...awas bayi-bayi di luar sana...nanti abang emill pitch..ouccccccccchhhh.memang saya kena kawal dia bila kami berada dekat dengan bayi.

sudah pandai mengajak orang berjalan. kalau kita duduk dia akan tolak2 punggung kita dan cakap ''up..up'' dan akan merintih ''jommmmmmm arrrrrr'' yang ''arrr..'' tu akan nada sayu dan sengau sikit..buat hati cair dan terus nak dukung dia bawak dia ke tempat yang dia hajati..tak tahan..yang selalu cair adalah WAN emill.sangat rapat mereka berdua nih...

alhamdulilah masih lagi bf!!

ada masa saya update lagi..mahu buat kerja sekejap....
have a nice day everyone!!

27 June 2010

my busy saturday

sudah lewat tengah malam sekarang. hari ini agak sibuk juga. pagi-pagi lagi sudah bangun untuk menghadap dunia. emill pun bangun awal. macam biasa bila mama cuti dia akan minta susu dulu. kemudian babah pula bersiap pergi kerja. wan emill di dapur tengah sibuk menyiapkan tempahan kek pelanggan. dalam kekecohan melayan kerenah anak bujangku itu, mak kata yang kotak untuk letak ''ball cake'' pula tiada. 

jadi, saya dan emill bergegas ke kedai. bawa sepupuku dayah untuk memangku emill di dalam kereta. emill ni nama je ada ''child seat'' tapi tak pernah guna. so memang i never travelled far with him alone. jarak dari rumah ke kedai kek jual kotak tu agak jauh juga. lalu tol rm1 la. setiba di kedai tu..seronok aje emill main dalam kedai tu.tapi nasib baik lah dia dapat mengawal tangan dari menyentuh barang-barang dalam kedai. sampai di rumah sekali lagi kami diminta keluar untuk menghantar tempahan kek ke rumah kawan mak. kami pun keluar sekali lagi. dalam perjalanan balik setelah menghantar kek kami singgah beli air kelapa.air kelapa kat tempat tu memang sedap. kelapa pandan!! dia memang ada campur air gula jugak tapi rasanya air gula tu mesti waktu masak ada letak daun pandan jugak. memang wangi ahhh..

sampai sahaja di rumah terus tidurkan emill. kemudian barulah masak. masak sempoi je ikan sembilang cili api. dalam pukul 2pm babah emill balik sekejap sebelum sambung kerja. bila dah petang je saya pun bersiap untuk menghadiri makan malam anjuran kerajaan negeri. masakkan sup emill dulu, mandikan dia juga dulu baru bertolak pergi. 

memang ramai orang  di majlis tadi. macam-macam gelagat orang saya tengok tadi.sangat lawak pun ada. tapi tak baik ah share kat sini..ku simpan sendiri sahaja. mata pun dah mengantuk. esok emill cukup setahun enam bulan. saya akan tulis tentang emill esok (kalau ada kesempatan).selamat malam.

 ball cake made by my mom. emill likes it too!!!

(pic taken from fb my bff cik maslija!!)


p/s: semalam balik sekejap ke kampung my husband. my husband pancing ikan di kolam.dapat 3 ekor sembilang yang saya goreng tadi. aiziq iaitu anak abang husband saya bukan main berani angkat ikan tu dari baldi. ini perbualan kami:
saya: aiziq, jangan pegang ikan tu nanti dia gigit....
aiziq: dia tak gigit...dia sengat... 
saya: gulps!! (kalah aku dengan budak 4 tahun, ingatkan nak permudahkan ayat supaya dia paham, dia lagi tahu beza gigit dan sengat)hahaha..

24 June 2010

THE BIGGEST LOSER 2

the adventure started last sunday 20th june 2010. we were gathering at my mom's house. then suddenly 'this thing' popped up.then all of us queued up to climb a weighing scale. our recent weights were recorded. eleven daring people dared to take this challenge. the contestants had to pay rm30. the money will be given to the winner who manages to lose weight more than others. the judgement date will be on raya's eve which maybe fall on 9th september 2010. more or less 2 months more to go!!! those who fail to lose weight or those who still maintain their current weights on the judgement date will have to pay certain amount of money...again to be given to the winner!!!!

hey...whose weight is this???definitely not mine ye..

this family activity makes me really ''kecut perut'' because i do not really control my food intake since i got emill. yes, my weight is only two  kgs more  than my weight before being pregnant but i still need to work on certain parts of mine. hahaha. lemak tepu!! okies emill, mama akan berusaha agar tak payah bayar wang denda sekiranya kalah. mama nak menang!!! nak tempek my recent pic kat sini..tapi seganlah hahahahaha...........

psttttttttttt...the owner of the above weight belongs to someone who is very charming to me..guess who?

23 June 2010

THE BIGGEST LOSER!!!!

THE CONTESTANTS
WILL UPDATE LATER ABOUT THIS...GOT WORK TO DO NOW...TATA FOR A WHILE..

16 June 2010

pasta

sekarang ni emill agak liat untuk makan nasi. yang dia suka makan adalah buah epal, buah anggur, kismis dan lobak sahaja. pening..pening saya sebab saya taknak dia sakit perut kelaparan. makan buah-buahan memang sangat bagus tapi he needs carbohydrate jugak kan. so recently i cooked him pasta. tapi the 'sempoi' way la. just boil some water then masukkan bawang putih+pasta yang colorful+lobak merah+brocolli+kentang=thumbs up!! 

emill suka so mama puas hati. 

enjoying his meal..yummy yummy...

mama..mama...i feel like something missing la...no appetite to eat alone la mama

 la...masuk bilik cari monyang rupanya..nak makan dengan  monyang..

monyang tolong pegangkan bowl nih..emill nak belajar suap makanan guna spoon ni.


 
mouth-watering pasta!!!



okies dear...finish your pasta before playing ok...

07 June 2010

award from lovely bella

i got this award from bella..lovely bella.thanks dear...baru hari ini ada kesempatan nak ambil and tempek kat blog ni..

sangat cute because it's pink in color. i would really love to give this award to all my blog readers. Come and have this award cause you guys deserve it!!!you guys are absolutely gorgeous with your own styles!!


emil says: thanks to kak bella for giving mama the award..those who have read this entry wajib ambil award nih...bak kata kak bella ''seronok dapat award ni sebab takyah susah2 nak pikir apa nak update kat blog". 

thanks a lot bella dear.

05 June 2010

kenduri khatam al quran dan cukur jambul

Last two weeks, kami sekeluarga pulang ke kampung. kami mengadakan kenduri khatam al-quran afiz dan afiq, cukur jambul syamill illan dan tahlil. Bertempat di kampungku yang tercinta ketiga-tiga kenduri ini dijayakan dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran cucu-cucu wan. Wan mesti seronok sangat bila anak cucu pulang ke kampung sebab rumah kampung ni sudah lama tidak didiami secara tetap. Emill adalah antara mereka yang sangat seronok sekali..naik turun tanggalah dia..tak boleh lepas dari pandangan budak kecik ni..

sedang menadah tangan mengikut monyang-monyang yang lain yang sedang berdoa.

semakin kusyuk nampaknya....

kemudian terus azan...bila mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dia akan angkat tangan begini dan cakap Allahuakbar...:)

masih membaca azan lagi.......kerana masih diperhatikan oleh monyang dan apabila monyang berpaling darinya..................................
check this out....

dia pun mula membuat pelbagai aksi-aksi aneh. oh anakku..

afiz and afiq (my cousins) emill memanggil mereka dengan gelaran paklong afiz dan paksu piq. tapi emill memanggil afiq dengan nama ''ju'' ju=cu=pakcu=paksu. kenkadang dipanggilnya piq!! mamanya pun dipanggil ''yang'' meniru panggilan babah untuk mama. Dia masih tak bolah sebut ''wan'' jadi dia memanggil wan dengan gelaran ''mak'' mengikut kami.

inilah syamill illan (my cousin's son). he got dimples at both sides of his cheek ;). baru habis pantang ni. ini gambar dengan wannya..

syamill illan dibuai oleh mamanya. syahdu sungguh dengar lagu marhaban ni. yelah nyanyian tentang ibu dan anak kan..memang can make me merah hidung tahan my tears..hahaha..sensitip!!

inilah buaian yang kami buat pada malam sebelum kenduri.

01 June 2010

17 months

on 27th may 2010, emill irtzaz became a 17 months old toddler...


 listening to lessons using earphones...he is more focused this way.


wearing his fav head cover..songkok!!tapi tak sampai seminit pun..


he is a carrot lover!!! he likes to imitate words that people say now. the best moment to play with him now..seronok sangat sangat...............dan lasak sangat sangat...

MY BUDDIES

MY STORIES