27 June 2010

my busy saturday

sudah lewat tengah malam sekarang. hari ini agak sibuk juga. pagi-pagi lagi sudah bangun untuk menghadap dunia. emill pun bangun awal. macam biasa bila mama cuti dia akan minta susu dulu. kemudian babah pula bersiap pergi kerja. wan emill di dapur tengah sibuk menyiapkan tempahan kek pelanggan. dalam kekecohan melayan kerenah anak bujangku itu, mak kata yang kotak untuk letak ''ball cake'' pula tiada. 

jadi, saya dan emill bergegas ke kedai. bawa sepupuku dayah untuk memangku emill di dalam kereta. emill ni nama je ada ''child seat'' tapi tak pernah guna. so memang i never travelled far with him alone. jarak dari rumah ke kedai kek jual kotak tu agak jauh juga. lalu tol rm1 la. setiba di kedai tu..seronok aje emill main dalam kedai tu.tapi nasib baik lah dia dapat mengawal tangan dari menyentuh barang-barang dalam kedai. sampai di rumah sekali lagi kami diminta keluar untuk menghantar tempahan kek ke rumah kawan mak. kami pun keluar sekali lagi. dalam perjalanan balik setelah menghantar kek kami singgah beli air kelapa.air kelapa kat tempat tu memang sedap. kelapa pandan!! dia memang ada campur air gula jugak tapi rasanya air gula tu mesti waktu masak ada letak daun pandan jugak. memang wangi ahhh..

sampai sahaja di rumah terus tidurkan emill. kemudian barulah masak. masak sempoi je ikan sembilang cili api. dalam pukul 2pm babah emill balik sekejap sebelum sambung kerja. bila dah petang je saya pun bersiap untuk menghadiri makan malam anjuran kerajaan negeri. masakkan sup emill dulu, mandikan dia juga dulu baru bertolak pergi. 

memang ramai orang  di majlis tadi. macam-macam gelagat orang saya tengok tadi.sangat lawak pun ada. tapi tak baik ah share kat sini..ku simpan sendiri sahaja. mata pun dah mengantuk. esok emill cukup setahun enam bulan. saya akan tulis tentang emill esok (kalau ada kesempatan).selamat malam.

 ball cake made by my mom. emill likes it too!!!

(pic taken from fb my bff cik maslija!!)


p/s: semalam balik sekejap ke kampung my husband. my husband pancing ikan di kolam.dapat 3 ekor sembilang yang saya goreng tadi. aiziq iaitu anak abang husband saya bukan main berani angkat ikan tu dari baldi. ini perbualan kami:
saya: aiziq, jangan pegang ikan tu nanti dia gigit....
aiziq: dia tak gigit...dia sengat... 
saya: gulps!! (kalah aku dengan budak 4 tahun, ingatkan nak permudahkan ayat supaya dia paham, dia lagi tahu beza gigit dan sengat)hahaha..

11 comments:

sz | m.s.s said...

wahhh mmg busy bangat,kuar masuk keta, kuar masuk rumah... :)

LIP (^_^) said...

to sz: memang bz sz..jadik runner sekejap.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Lip ~ sungguh sedap kek itu.

Masih sekecil 4 thn budak yg nama Aiziq (ank sedara yr hubby kan?) dah hafal perkataan mcm2 ya? Anak sulung kot? Sbb ank sulung I pun mengikut pemerhatian I lebih becok sikit berbanding adik2nya dan lebih cepat bercakap.

LIP (^_^) said...

to sam: dia anak no4. maybe dia ikut cara2 abang dia berckp.diorg ni memang mahir bab2 ikan ni..kaki pancing.. :)

el said...

nak resepi ball cake tu lip hehehe
tgk aje buat lidahku kecur lah..huhuhu
eh umo emill sm lah ngan arwen eh..:)

LIP (^_^) said...

to el:la...sebaya bebudak tu ye..hihi

Ena said...

wah.. nampak sangat sdap la...

tu maknanya dah besar kan!.. heheh bijak2 dah dapat bezakan sengat ngan gigit.. heheh.. :)

dah lama tak makan ikan tu.. bestnyerrr...

LIP (^_^) said...

to ena:ena, sembilang yang saya masak tu segar dari kolam..rasanya pun segar tau.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

besnya kalu dapat gift ball cake tu ehheh...

lip~~sila faham ayat dia atas

LIP (^_^) said...

to cik yah:paham..paham..hikhikhik.pandai awak ye..bila besday cik yah?=)

yatie chomeyl said...

choco ball tu nmpk sedap btol..teringin la plak nk makan hohohoh

MY BUDDIES

MY STORIES