16 December 2010

Singapore

salam..
lama rasanya tak dapat jenguk blog-blog kegemaran dan blog sendiri nih..laptop buat hal.aduyai..
ni nak cerita pasal emill nye first trip yang paling jauh la nun ke selatan. kami bertolak seawal pukul 6.30am menaiki kereta ke skudai. konvoi 2 buah kereta.semua my siblings punya family. berhenti rehat di hentian pagoh sebentar. kemudian meneruskan perjalanan sehingga ke rumah shina. kami tumpang letak kereta di rumah shina. dari rumah shina, kami ambil bas dari gelang patah ke jurong east. kami masuk singapore guna 2nd link. sekarang ni baby usia sehari pun kena buat pasport tau..so sesapa yang nak berjalan keluar malaysia bawa anak kenalah buat pasport tuk mereka.


 gambar di atas ni gambar kami di stesen bas jurong east, singapura. kemudian kami naik mrt yang berdekatan stesen bas ni menuju ke stesen mrt yang membawa kami ke bilik hotel. memang tiba di hotel rasa penat sangat sebab dari pagi keluar rumah. lepas berehat ala kadar dan mandikan emill, kami pun keluar semula menuju mustafa center.


di atas gambar emill bersama babah di mustafa center. ramai sangat umat manusia kat sini. kami tak beli apa-apa pun sebab memang berasak-asak di sini. mustafa center di sebuah pasaraya yang besar. dibuka 24 jam. kami meneruskan perjalanan ke singapore flyers. macam eyes of malaysia. 

above is a picture of one of the flyers


 emill sibuk guna camera wan (my mom). yang lawaknya dia tutup flash dengan tangan so penuh gambar yang gelap je. cuaca pada hari tu panas jadi kami minum bergelen-gelen air..ehehe..haus je sepanjang jalan


Khadeeja, my bro punya anak ni pun sangat busy ke hulur ke hilir sejak dah pandai jalan ni dia rajin berjalan. Teksi di Singapore memang banyak dan merata. Kami tak perlu tunggu teksi lama bila nak bergerak ke tempat berbeza. Tahan je teksi di mana-mana.


 
bangunan bentuk kapal yang tergantung di atas bangunan  lain. awesome!! smart. dari singapore flyers,  kami menuju esplanade mall. gambar ni diambil di hadapan eslanade mall. kami cari makan kat sini tapi takde yang halal..penat keluar masuk mall cari makanan yang halal.


ladies of the family. my adik, my mom, me and my sis in law.....di tepi sekali my son..


emill muka stressed tak dapat makan lagi...


kami masih mencari sehingga akhirnya ambil keputusan cari di tempat lain..afiq my cousin also joined the trip.


dari satu tempat ke satu tempat. akhirnya kami makan di kedai mamak. lapar sangat so kira sedaplah...lepas makan-makan kami balik ke bilik. lepas mandi emill minum susu dan tidur lena sangat. such a long day for us. tapi happy and enjoy sangat. nanti sambung cerita hari kedua ye.. hari kedua kami habiskan masa di Universal Studio Singapore.

25 comments:

-aNida OtHmaN- said...

wahhh PECUTIAN yg bessst skaLi......chantiklaaa NEGRA DEPA....kalerfuLLL..bangunan pn unik-unik......=D

~ As ~ said...

ramainya org buat entry gi singapore, ni semua psl universal studio kan..huhuhu

el said...

wahhh pi mkn angin kat Spore bestnyeee
ssh gak eh nk cr halal food kt sn...jenuhler ye

Marsha~ said...

bestnyeeeeeee jenjalan ke Sipore......

Nieza Ishak said...

wahhhh .. best bestt best ..
gambar lagi .. lagi ..lagi .. ;)

LIP (^_^) said...

to nida: kagum dengan sistem teksi yang ada di mana2. :)

LIP (^_^) said...

to as: hihih..ini je universal studio yg dekat as..hihi

LIP (^_^) said...

to el: itulah kitorang tak siasat betul2 spots makan tuk muslim el.

LIP (^_^) said...

to marsha: ur hubby nak balik dah kan marsha..ajak la mesti anak2 dan ibu nye enjoy sakan nanti ;)

LIP (^_^) said...

to nieza:okies next entry i upload pics second day k

Nur Zaheera said...

best okay !! and great holiday :)) HM, KAK LIP, cantek inner kaler pepel uh. kak lip jual takk ? hihihi ;D

Ili said...

woweee bestnye pg vacay..hows d food there? dlm commercial adv byk sgt citer psl food die yg katenye best2.lol

LIP (^_^) said...

to seri: kak lip beli kat pearl haya inner tu seri.. :)

LIP (^_^) said...

to ili: aduyai ili, kitorg xjumpa tempat mkn best..kitorg tak gi geylang area melayu..

sz | m.s.s said...

ahaaa syoknya emill...
lamaaaanyaa tak p singapore,
masa belajar dulu..pepagi isik minyak keta penuh2, isik perut penuh2 kat jb dulu pastu merondaaa..alangkah indahnya saat itu! ;p

psst: dear, bb kita dah nak masuk 2 bulan (20/12/2010) ...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Lips ~ I yg dekat ni pun tak pernah gi Universal Studio tu.. nmpk mcm best je tu.. nanti la nk pujuk hubby gi sana..;)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

betul la Lip..problemnya kat sana tu.. tempat mkn mcm kureng..

ElyaElmo said...

laam dh tak jalan2 sinii...
sis gi spore!!best nyeeee.....

LIP (^_^) said...

to sz: hehehe..ex utm skudai ye? eyy dah besar bb u..dah pandai mintak adik lum? ;p

LIP (^_^) said...

to sam: boley tahan la universal studio tu. hurmmm itula bab makan yg payah tuh..xsemua tempat ada yg halal

LIP (^_^) said...

to elya: best gak elya, tgk negara org. :)tp bila balik rasa seronok sgt sebab even 2 mlm kat sana, rindu betul ngan tempat sendiri.hahahah..jiwa malaysiaku.

Lovely Bella said...

waa pttla akak senyap je.. gi bercuti eh.. rindu akak update.. akhirnyer.. heheh:)

Elin said...

bestnyer g jln2...

LIP (^_^) said...

to bella: akak try update oftenly k :)

LIP (^_^) said...

to elin: hihi..seronok elin n penat juge.. :P

MY BUDDIES

MY STORIES