04 April 2011

terrible three

sedang pasang kekuda, cuba untuk menyerang mama ni. dengan sarung hp mama sebagai glove kat tangan dia tu. oh boy!!
 my babah is my role model!!!love you babah!!

Salam. while having breakfast with some of my colleague,we talked about children.then this term 'terrible three' suddenly popped out from one of my friends. She talked about her children as they became three years old they started to show their feelings and threw a tantrum. i just dug more about this issue because I have a two years plus boy kan. Just wanna share here with you mommas out there. i dah translate kan article ni to make it more readers friendly.hehehe...here it is..


Kanak-kanak yang berusia dua tahun akan mula merasa sangat teruja untuk meneroka kehidupan mereka dan kadangkala mereka akan melangkaui batas yang sepatutnya. Apabila ditegur oleh ibu bapa, mereka akan membalas semula dengan cara negatif (menjerit dan sebagainya). Kalau kanak-kanak pada usia ini mengamuk atau kecewa, ini kita gelarkan sebagai ''terrible two''. Kanak-kanak pada usia tiga tahun juga mengalami perkara yang sama.Sama seperti orang dewasa yang mengalami kekecewaan dalam hidup, mereka juga melalui fasa-fasa terpaksa berkongsi dan bersimpati terhadap kanak-kanak lain. Menjerit semula pada anak-anak atau tidak mengendahkannya hanya akan membuat keadaan bertambah teruk lagi. Sebaliknya kita perlulah cuba bertenang dan jangan mengambil terlalu serius kelakuannya itu. Ok kat bawah ni ada teknik-teknik mengawal anak yang sedang mengamuk, mana tau sesuai kita guna tuk anak-anak kita.Yang penting kita usaha+doa=berjaya (ini sama macam i punya falsafah tuk spm dulu, hehehe)

1) jangan hilang kawalan: kalau dia mengamuk, peluk dia dan cuba tenangkan dia seboleh mungkin. 

2)ingat bahawa kita adalah orang dewasa: sekiranya anak mengamuk di khalayak ramai, jangan asyik bimbang tentang apa yang orang lain fikir.Sekiranya dia mengamuk dengan membaling barang atau memukul kanak-kanak lain,cepat-cepat bawa dia ke tempat yang lain. Sekiranya di rumah bawa dia masuk ke biliknya. Beritahu sebab kenapa dia di bawa ke situ contohnya kalau dia memukul adiknya. Beritahu dia juga bahawa kita akan berada di situ sehingga dia tenang. (owh i always do this, sebelum i jumpa article ni pun,i memang akan bawa Emill masuk bilik bila dia berkasar dengan kanak-kanak lain.Di dalam bilik dia akan tenang semula, I juga akan berbual dengan dia, dan dia akan ceria semula. Selagi biarkan dia terus bermain, lagi more chaos he will create)

3)berbincang dengannya tentang apa yang telah dilakukan: bila ribut dah reda, tanya anak apa yang membuatkan dia marah. (Sekarang ni Emill dah tahap boleh cerita kenapa I marah pada babah dia. Means dia tahu dia salah dan sebab I marah. )Cuba ajar anak bercerita tentang perasaan mereka instead of letting them show their feelings (ni masih dalam peringkat percubaan). Sekiranya dia mengamuk sebelum nak tidur malam, peluk dan tenangkan dia,kemudian esok baru tanya sebabnya kenapa dia marah-marah malam sebelumnya.

4)cuba kenal pasti situasi yang menaikkan kemarahannya: sekiranya dia mengamuk waktu lapar, pastikan bawa makanan sebelum dia lapar. Anak-anak juga sama seperti kita tak suka diarah. Lebih baik kita bagi mereka pilihan dari mengarahkan (owh ini I pun xpasti). Contohnya waktu makan,tanyalah dia ''nak makan nasi ke mee?'' Ini lebih baik daripada kita cakap "makan nasi!!!".

5) perhatikan tanda-tanda tekanan perasaan:mengamuk, menjerit dan baling barang adalah perkara-perkara yang normal bagi kanak-kanak. sekiranya dia mengamuk setiap hari, bawalah anak merujuk paed. (huh, ni dah tahap serius lah)
okey rasanya dah panjang lebar nih. better I stop..u guys cool tau walaupun anak-anak tengah bergusti (bergurau sakan) kat belakang....hahaha..that's the beauty of being parents!!!

chow...
 

8 comments:

~ As ~ said...

tp aku hairan, apasal Azam tu klau dgn aku behave je, tp bila ayah dia ada, hmmmm...terible two. hahaha

LIP (^_^) said...

To as:hehe...ko lg garang dr ayah azam ke as.?tp best la ko dpt control azam..ok la tu as.

Marsha~ said...

sy selalu gak baca benda2 ni.. tapi tak sempat nak amalkan.. hehehe.. everytime qila pukul atau sepak adik dia, on the spot sy akan terpukul dia.. dah terussssss nangis... puas dah pujuk dengan lembut, tapi tak makan saman ar... dia germ sgt dgn adik dia yang lasak tu.. tapi kaki dia yg debab tu tendang sikit pun adik dia melayang.. haih... tatau dah nk buat mcm mana

yaya+frdz+auf said...

Macamanalah auf nanti dah 2tahun eh. sekrang pon dah mcm2. hehe. mmg kena banyak bersabar la kita sbg mak ni kan.

mcm auf dia selalu nangis sebab nak sesuatu yang kita kata xboleh atau merbahaya. sebagai ganti kena bagi benda lain lah kot. dah tak tahu camne nak buat. hehe

LIP (^_^) said...

to marsha: ala marsha xpelah yang penting niat kita mendidik anak2 kita. we know whats the best for them kan...lagipun umur 3-4 tahun memang menguji kesabaran kita pun that's why rata2 kekanak yang kena dera adalah pada usia ni..tapi kita taklah tahap mendera anak..:)

LIP (^_^) said...

to yaya: itu maknanye dia bijak sbb cuba untuk mempertahankan hak dia.. :)they are all still in learning processes kan

Efa said...

kak lip!! congratulations on your pregnancy.. hehe -zaifa-

LIP (^_^) said...

To. Zaifa:thanks zaifa.pray for me ye

MY BUDDIES

MY STORIES