30 July 2011

Mengemas lagi

Ini adalah second round I mengemas bilik,haritu setakat kemas almari je but this time memang intensif la..habis semua ruang penjuru dah bersih clear...dalam almari,bawah katil,tingkap,laci dan selagi apa yg ada dalam bilik dah suci dari sebarang habuk.Sekarang dah malam and rasa penat tahap melampau..eheh..demi nak menyambut org baru,mama rela je memerah tenaga ni..love u my sons..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

27 July 2011

Emill's first picnic at a beach

Salam.Last Saturday,we had bbq at a beach. Together with my siblings n their families.

That was Emill kali pertama pergi ke pantai. Memula dia takut-takut nak celupkan badan dalam air,tapi lepas tu enjoy je dia main dengan Khadeeja (my bro's daughter)..Dia takut memula sebab dia kata 'many fish'..dia ingat dalam laut kat pantai tu ada banyak ikan!!!Ada jugak dia tertelan air masin tu..takpe,he learnt.Baru dia tau air tu masin kan.

I duduk je,tengok je la gambar kat atas tu,jalan pun dah slow je sekarang..dah xmacam LRT lagi dah cara I jalan.

Pergi pun dah petang so tak la panas sangat waktu kekanak tu mandi manda.Next time kita pergi lagi ye Emill,tunggu lepas adik lahir pulak.Dalam perjalanan balik Emill dah tidur,sampaila keesokkan paginya dia tidur.Penat sangat agaknya.

Seronok jugak sekali sekala duduk tepi pantai gitu.Teringat zaman kanak-kanak dulu,memang payah nak naik bila dah masuk dalam air.Lepas tu beriya buat istana pasir tapi tak pernah jadi pun sebab xberapa creative.I memang suka beach.Bila ada makanan yang sedap-sedap lagila suka.

That's all my story for today.Salam Rabu to u buddies... :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

25 July 2011

Ganjaran pahala buatmu kaum ibu

My mom and my son, Emill Irtzaz.


Well,I memang gemar berkongsi apa yang I bacakan,ni gigih I retype apa yg I baca dari majalah..take ur time to read tau..

Bersalin
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan PADA SATU URATNYA Allah mengurniakan satu pahala haji.

Menjaga anak sakit
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam harinya kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun Pahala ibadat.

Menyusukan anak(breasfeeding)
Tiap-tiap titik susu badan kepada anak adalah bersamaan satu pahala

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup 2setengah tahun,malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Tu je nak share,ringkas je.I petik dari AN NUR
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

23 July 2011

My Eighth Month of Pregnancy


Gambar yang kabur..sebab di crop..konon xnak u guys tau I kat ne waktu ni..


Salam.Pejam celik dah masuk 8 bulan plus dah my baby inside ni..Sekarang ni dari monthly checkup dah kena gi klinik twice a month..

Last weeks pergi klinik kerajaan,they said my baby was small (1.6kg for 33 weeks)then kena repeat scan on the following week.Tapi before gi scan again kat klinik kerajaan tu,I went to KPJ (it's better to have a second opinion jugak kan).Then my doc said the baby was 2.5kg already!! (33 weeks).Haiya,I stick to my KPJ doc la sebab one day before I delivered Emill,the doc said Emill was 2.8kg and he came out with 2.85kg weight..more or less accurate la kan.So, on the following week, the klinik kerajaan doc scanned again n said my baby was 1.9kg (in which she said much bigger than his age plak..ahhh,daku xpaham) if 1.9kg dianggap besar,2.5kg amacam pulak kan..whatever,as long my baby is healthy and safe.

Next week dah cukup 35 weeks so after ni weekly checkup pulak.Sepanjang masuk bulan ke 8 ni,backache and fatigue tu menjadi asam garam harianku..chewah,ayat!!Tengah baring or duduk pun tak boleh meluru je nak bangun..ish nanti terus rasa terkehel..kena slow and steady..tapi makin suka la I buat kerja itu ini bila ramai sangat2 kata my perut dah ke bawah.Sampaikan ada satu hari tu,dua tiga org my friends tanya "Tengah tunggu hari ke?" Padahal lagi 2 bulan lagi ni...doa sangat yang adik ni keluar sebelum raya.Nanti waktu raya pertama harapnya kami berdua dah tegap la so family takla risau menunggu2 bila I nak bersalin kan.
Dalam 38 weeks ke bersalin,cantik sangatla tu sebab 27th August tu my doc dah start cuti raya..

My doc estimated dia lahir 18th August..tapi my due is on 4th Sept.Kita tengok la sapa yang kena!!!!:)

Ok gtg (ewah,ayat zaman beryahoo messager dulu)..petang ni my family nak buat bbq..nak gi goreng keropok,boleh gak munchy2 tepi beach karang..best!best!!enjoy ur weekend people...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

15 July 2011

Raise ur child's self esteem!!!

I extracted this from a book. It says:

Take the time to show your children how wonderful,unique and special they are.Be there for them through the good and the bad.Be their cheerleader,teacher and confidante.And show them that there is nothing you would rather do than be with them.

Self esteem isn't something you're born with.In some ways,it's something you're given,like a gift.When children are very young,they develop much of their sense of self worth by STUDYING HOW OFTEN OTHERS PERCEIVE THEM.If children only RECEIVE NEGATIVE REINFORCEMENT,they won't think much of themselves!!!!But if they get praise and encouragement often enough,they begin to develop a sense of pride in themselves that will sustain them for the rest of their lives.

Every child is special.If they grow up filled with self esteem,they will have the courage and confidence to go out into the world and try new things,to respect other people's ideas and to face challenges. And in the end,isn't that what parenting is all about?

Just sharing with u my friends..and to remind myself too..Let us boost our kids' self esteem up...
.happy friday!!tomorrow is saturday..yehoooo....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

12 July 2011

Baju raya hunting

Since I'm getting more sarat days by days,we decided to search for our kids' baju raya earlier.So off we went to our favourite spot..to enjoy the shopping moment..gigih sungguh guwe,xterasa penatnya sbb puas hati dapat buat banyak pilihan.For our unborn baby,beli ala kadar je dulu...nanti mama will buy some more for u dear ye...

While babah n mama were having lunch, abang Emill tidur...Baguslah dia on that day,behaved well sangat.Dia suka duduk dalam stroller je dari berjalan kat bawah.He was in a good mood...Tinggal baju melayu abang Emill je lagi tak beli.Tapi biasanya beli kain and tempah.As for me,I do not think too much about baju raya for me sebab my due is on 4th September.Ntahkan awal pada bulan Ramadhan or sempat beraya sehari dua.Doakan kami sihat and selamat ye.... :)

Owh btw,thanks yang for the purse...I never expected such a gift like that in my life... Love you... ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

08 July 2011

Happy Birthday BaBah to Irtzaz

Happy yippy birthday babah to irtzaz.Thanks for loving and taking care of us. We love u.Have a great birthday because your deserve it.

From mom,emill and adik!! ;) wink!wink!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

02 July 2011

My Seventh Month of Pregnancy

Salam.Sudah 7 bulan lebih sebenarnya adik Emill kat dalam womb mama ni..makin aktif pergerakkannya.Pantang dengar suara abang Emill mesti dia bagi tindak balas.Lagi satu kalau mama panggil pun dia cepat-cepat gerak.Moga you'll be an obedient child.

Berat makin naik,HB darah pun dah naik 11.3.Waktu Emill dulu 37 weeks baru merasa naik 11.5.Kira adik Emill awal sikitla HB darah mama naik.Alhamdulilah.

Badan rasa makin berat terutama bila sampai rumah dari tempat kerja.Seronok melayan abang Emill bergurau tapi bila dia dah over-over aktifnya,maka mama pun rasa nak nangis suruh dia well-behaved jangan selerakkan rumah lagi..huwaaaa...bila nampak mama pura-pura nangis,dia akan pujuk mama and apologize.Good Job Emill!!! My praising phrase for him and dia akan balas semula Good Job mama!!!ewah,mama pun dapat pujian...

Masalah selera masih lagi sama la.takde selera makan.Setiap hari fikir,apa agaknya makanan yang I teringin makan pada harini.Makan buah je la if xde selera nak makan apa pun.Selalunya sebelum makan I akan bayangkan kelazatan makanan tu so bila hadap je makanan tu,my selera datang melimpah ruah ar.

Ramai jugak yang kata my perut dah ke bawah. Tapi I ok je sebab waktu Emill dulu pun my perut cepat turun ke bawah.(Sebenarnya baby yang ke bawah,eheheh)

Berdebar jugak ye tunggu kelahiran anak kedua ni..Sebab dah tau macam mana process kelahiran tu kut?hahahaha..redah je lah..doakan kami berdua selamat and sihat ye my buddies...

Hari ini hari Sabtu,I kerja.Sian Emill ada konvo untuk 2nd module kat school.Setiap 2 bulan selesai 1 module ada konvo.Mak I wakil temankan Emill..apala cerita dia kat school harini agaknya? ;)
Have a great weekend everyone!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY BUDDIES

MY STORIES